17 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah mengemukakan lima (5) cadangan inisiatif untuk Belanjawan 2026, berteraskan agenda pembinaan Negara Bangsa yang inklusif dan harmoni, selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13.
Perkara tersebut diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ketika menyempurnakan Sesi Dialog Belanjawan 2026 KPN.
