Event Date | 19-08-2024 |
19 Ogos 2024, Kuala Lumpur - Lawatan Rasmi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Hj Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hj Hassanal Bolkiah Mui’izzaddin Waddaulah, Putera Mahkota Negara Brunei Darussalam Ke Pameran Raja Kita.
Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) berbesar hati menerima kehadiran Lawatan Rasmi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Hj Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hj Hassanal Bolkiah Mui’izzaddin Waddaulah, Putera Mahkota Negara Brunei Darussalam ke Pameran Raja Kita.
Ketibaan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Brunei telah disambut oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara. Sesi lawatan ke Galeri 1 Pameran Raja Kita telah disantuni oleh YBhg Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim, Ketua Pengarah JMM dan sesi lawatan ke Galeri 2 Pameran Raja Kita oleh Encik Azlan Hafiz Mohti, Kurator Muzium Muzium Diraja.