SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Majlis penyampaian anugerah Johan Kategori Bandar bagi pertandingan komuniti zon hijau COVID-19

Majlis penyampaian anugerah Johan Kategori Bandar bagi pertandingan komuniti zon hijau COVID-19

Event Information

Event Date 04-11-2021
Picture3

8 November 2021 - KRT Pangsapuri Seri Sena, Kangar Perlis telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Bandar bagi Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bersempena Program Pemerkasaan Komuniti Dalam Menghadapi Covid-19. 

Dengan kemenangan ini, KRT Pangsapuri Seri Sena telah diperuntukkan sebanyak RM50,000.00 dalam bentuk nilai projek pembangunan.

Pengerusi KRT Pangsapuri Seri Sena, YBrs. Encik Jasni Abd Hamid telah menghadiri majlis tersebut bagi menerima hadiah pertandingan program tersebut.

Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 ini melibatkan komuniti bandar dan luar bandar di seluruh Negara telah dilancarkan pada 27 April 2021.

Program ini bertujuan menggalakkan komuniti untuk membudayakan norma baharu, selain memperkasakan peranan komuniti bersama-sama kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 dan seterusnya memastikan warga komuniti bebas daripada jangkitan COVID-19.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori komuniti bandar yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan komuniti luar bandar yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis, Kementerian Perpaduan Negara mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa KRT Pangsapuri Seri Sena atas kemenangan ini.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In