| Event Date | 03-12-2025 |
3 Disember 2025, Melaka - Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bil. 4/ 2025 pada 3 Disember 2025 di PARKROYAL A’Famosa Melaka Resort. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penilaian prestasi organisasi bagi tahun 2025 serta perincian hala tuju strategik YSS untuk tahun 2026.
Sepanjang tahun 2025, YSS telah melaksanakan 958 projek komuniti, memberi manfaat kepada lebih 277,000 penerima melalui pelaksanaan MADANI Berkhidmat Misi Sukarelawan Siswa di Sabah, Sarawak, Perak, Pahang dan Vietnam. Misi tahun ini turut melahirkan 371 alumni baharu, melibatkan penyertaan sukarelawan dari Malaysia, Vietnam dan Singapura.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg.Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Md Dom, Pengerusi YSS, dengan kehadiran YBhg. Dato' Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara merangkap Timbalan Pengerusi I YSS.