Event Date | 07-11-2024 |
7 November 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara hari ini telah menyempurnakan Program Hari Digital Perpaduan Tahun 2024 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat secara terus berkaitan perkhidmatan pendigitalan yang disediakan sekali gus mendidik dan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan warga KPN.