Event Date | 04-03-2024 |
4 Mac 2024, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Program Temu Mesra Media bersama Menteri Perpaduan Negara di sini hari ini.
Program ini dihadiri oleh para editor kanan, ketua-ketua pengarang serta rakan-rakan wartawan. Melalui satu dialog bersama media yang bertajuk Di Sebalik Layar : Menyelami Peranan Media dalam Menyuburkan Perpaduan, YB Menteri Perpaduan telah berkongsi mengenai Hala Tuju Kementerian Perpaduan Negara 2024.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan media yang sudi hadir dan sentiasa menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh KPN dengan liputan yang positif dan meluas.
Kami juga sangat menghargai para pengamal media yang membantu KPN dalam menyampaikan mesej-mesej perpaduan dan keharmonian kaum kepada rakyat Malaysia.