Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan 2024
20 Januari 2024 – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan 2024 yang bertemakan “Ottrumai Ponggal” dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Klang, @ Padang Chetty Klang.
Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kementerian Perpaduan ini adalah bertepatan dengan usaha mempromosikan kesepaduan sosial
masyarakat Malaysia ke arah membangun Malaysia MADANI di bawah konsep membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian.
Turut hadir, YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Tuan V. Ganabatirau Veraman, Ahli Parlimen Klang, serta pengurusan tertinggi Kementerian Perpaduan Negara dan Kerajaan Negeri Selangor.