4 September 2021 - YB Datuk Halimah Mohamed Sadique hari ini mengadakan lawatan kerja ke Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pandan Mewah, Ampang. Dalam lawatan kerja ini, YB Menteri telah mengadakan tinjauan ke Kebun Komuniti yang merupakan salah satu inisiatif KRT Taman Pandan Mewah dalam mempertingkatkan kesejahteraan hidup masyarakat khususnya semasa tempoh pandemik Covid-19.
Komitmen yang diberikan warga Rukun Tetangga Taman Pandan Mewah dalam memajukan dan meningkatkan kesejahteraan komunitinya sehingga melayakkan KRT Taman Pandan Mewah dianugerahkan Johan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 di samping menjadi Johan dalam kategori Pengurusan KRT Terbaik dan Pengurusan Jiran Wanita terbaik.