24 September 2021 – Kopitiam Ali, Muthu dan Ah Hock yang terletak di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur telah menjadi salah satu tempat persinggahan YB Menteri Perpaduan Negara dalam sesi lawatan kerja ke Kuala Lumpur.
Menariknya kopitiam ini, ia menggabungkan tiga nama daripada tiga kaum terbesar di Malaysia sebagai konsep utama. Sangat unik kerana menyelitkan elemen perpaduan ditambah pula dengan kepelbagaian menu.
Inilah semangat "Keluarga Malaysia".