SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2021 Kawasan Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor

7 November 2021 - Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Johor telah mengumumkan KRT Satay Pantai, Batu Pahat sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan Semarak Jalur Gemilang ”1 Rumah 1 Jalur Gemilang” Peringkat Kawasan Rukun Tetangga Negeri Johor Tahun 2021.

Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh KRT Bandar Baru Ibrahim Majid, Kluang dan KRT Taman Desa Idaman, Kulai dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Pertandingan yang bermula sejak 31 Ogos lalu sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 telah disertai oleh 10 lokaliti yang setiap satunya mewakili daerah-daerah di dalam negeri Johor dan melibatkan 3000 buah rumah.

Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakkan dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat ke arah membina negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera serta memastikan setiap rakyat Malaysia dari segenap lapisan usia mempunyai semangat serta kesedaran untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Majlis penyampaian hadiah akan disampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor melalui majlis yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In