18 Disember 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Tayangan Perdana Dokumentari, “Zheng He” bertempat di China Cultural Centre.
Program ini merupakan anjuran China Bridge bersama Pusat Kebudayaan China, Kuala Lumpur. Tayangan Dokumentari “Zheng He (Harmoni)” ini menonjolkan keharmonian antara budaya Malaysia dan China, selaras dengan usaha Kementerian Perpaduan Negara untuk memupuk nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.