7 Februari 2025, Sabah - YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Lawatan Kerja ke kawasan KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang yang merupakan salah satu daripada kawasan KRT Progresif.
YBrs. Tuan TKSU turut menyantuni ahli-ahli KRT dan meninjau Kabin SRS RT Progresif serta Kebun Komuniti. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Timbalan Pengarah J-Perpaduan Negeri Sabah, Pengerusi KRT Sembulan Baru dan wakil-wakil daripada Kementerian Perpaduan Negara.