19 Mei 2025, Sabah - YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Sesi Penyampaian Bakul Rahmah kepada anggota tentera Pos Kawalan Pulau Sipadan, Pos Kawalan Pulau Kapalai dan Anggota PGA Pos Kawalan Pulau Mabul.
Pentingnya peranan pasukan keselamatan negara dalam memelihara perpaduan dan integrasi nasional untuk membentuk sebuah negara yang harmoni, sejahtera dan stabil sememangnya tidak dapat dinafikan. Kerjasama antara masyarakat dan pasukan keselamatan perlu dipertingkatkan dari masa ke masa dalam usaha mengekang sebarang perkara yang menggugat keharmonian negara.
Turut hadir, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara.