SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Photo Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto okt 2026 Arrow A Brighter Deepavali

8 Oktober 2026, Negeri Sembilan - YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan kempen “A Brighter Deepavali” anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) di MYDIN Seremban 2.

Menerusi inisiatif MYDIN Prihatin, MYDIN bersama rakan pembekal menyumbang RM100,000 dalam bentuk baucar tunai dan barangan keperluan asas kepada 15 rumah kebajikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Orang ramai turut dialu-alukan menyumbang barangan keperluan asas melalui bakul sumbangan di cawangan MYDIN terpilih sehingga 30 Oktober 2026, sebelum bantuan diserahkan kepada penerima antara 1 hingga 8 November 2026.

Kempen ini turut menampilkan Bombay Bazaar dengan kerjasama Taaka Lee Studio, memberi peluang kepada peniaga kecil komuniti India memasarkan produk mereka.

Sempena sambutan Deepavali, MYDIN memperkenalkan Kolam Berputar pertama di Malaysia yang mengangkat seni tradisional Kolam dalam bentuk yang lebih moden dan interaktif.Direka dalam struktur berbentuk roda yang boleh berputar, Kolam ini menampilkan warna-warna terang, corak geometri dan elemen visual yang dinamik. Inovasi ini menggabungkan warisan seni India dengan sentuhan moden, sekali gus menjadikan seni Kolam lebih menarik dan dekat dengan masyarakat.

Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Deepavali, malah memperkukuh semangat kebersamaan, saling menghormati dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum, selaras dengan usaha membina negara bangsa Malaysia yang harmoni, inklusif dan bersatu padu selaras dengan pembinaan Negara Bangsa.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In