10 Mac 2021 — Bagi meraikan ulangtahun pertama penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020, satu majlis diskusi ilmiah telah diadakan.
Program yang dipengerusikan oleh YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ini dimulakan dengan pembentangan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara diikuti pembentangan oleh Ketua Pengarah JPNIN dan Ketua Pengarah MITRA.
Program sehari ini membolehkan semua warga Kementerian Perpaduan Negara yang hadir termasuk yang mengikuti secara online melalui aplikasi Webex untuk melontarkan pandangan, nasihat, soalan dan cadangan kepada pengurusan tertinggi kementerian. Semangat berpasukan sememangnya menjadi budaya dan amalan kami semua di Kementerian Perpaduan Negara.