SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Media Arrow Media Collection Arrow Newspaper Cutting Arrow Koleksi Media Arrow Galeri Foto Arrow foto okt 2026
WhatsApp Image 2026 10 01 At 161815 2

1 Oktober 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Seminar Pustakawan Digital Kebangsaan 2026. Bertemakan “Keterlihatan,  Inklusif, Ketahanan” seminar ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Seminar yang diadakan selama dua hari bermula 1 hingga 2 Oktober 2026

ini menghimpunkan lebih 400 orang peserta daripada sektor perpustakaan, kerajaan, akademia, pendidikan dan industri teknologi yang bertujuan memperkukuh kompetensi digital pustakawan serta mempercepat transformasi perkhidmatan perpustakaan negara.

Pada masa yang sama, daripada aspek pemeliharaan khazanah ilmu negara pula, PNM telah berjaya mendigitalkan 75,042 judul bersamaan 4,470,776 muka surat, merangkumi manuskrip Melayu, koleksi nadir, mikrofilem surat khabar dan warta kerajaan sehingga Ogos 2026. Dalam majlis yang sama, YB Tuan Yuneswaran turut melancarkan eBuku Pelan Strategik Pendigitalan PNM 2026–2030 dan Garis Panduan Perpustakaan Digital di Malaysia sebagai langkah memperkukuh  ekosistem perpustakaan digital yang lebih dinamik, inklusif dan mampan.

WhatsApp Image 2026 10 01 At 135728 2

1 Oktober 2026, Sarawak - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) menganjurkan Majlis Syarahan Negarawan bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di Wisma Sejarah.

Dalam Majlis Syarahan Negarawan ini, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar menyampaikan ucapan dan syarahan kepada para pentadbir, penjawat awam, ahli akademik, penyelidik dan masyarakat mengenai Sejarah Sarawak. Tun Pehin Sri semenangnya dikenali sebagai pencinta dan peminat Sejarah Sarawak, oleh itu Majlis Syarahan Negarawan ini menjadi platform beliau berkongsi pandangan sejarah, idea dan pemikiran agar dapat dihayati serta menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa di Sarawak.

Selain itu, Majlis Syarahan Negarawan ini menjadi wadah bagi masyarakat menelusuri perjalanan hidup dan pengalaman Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi. Beliau memulakan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1964 dan berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari tahun 1968 hingga 1973, termasuklah penglibatan beliau dalam operasi menentang ancaman komunis di Sarawak. Pengalaman berharga tersebut turut didokumentasikan melalui karya beliau yang bertajuk A Policeman.

Dalam ucapan aluannya, YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata, “penganjuran program ini menekankan bahawa sejarah merupakan asas penting dalam pembinaan negara bangsa.Penghayatan terhadap sejarah Malaysia membolehkan masyarakat menghargai kepelbagaian identiti, pengalaman bersama, dan nilai-nilai yang menjadi tunjang kepada perpaduan serta pembentukan identiti nasional.

WhatsApp Image 2026 10 01 At 171410 1

1 Oktober 2026, Kuala Lumpur - Pameran Khazanah Kars Malaysia bakal menyingkap keunikan warisan geologi Malaysia yang terbentuk sejak jutaan tahun lalu di samping memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami ekosistem gua, kepelbagaian biodiversiti, penemuan arkeologi serta hubung kaitnya dengan sejarah dan budaya masyarakat. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Khazanah Kars Malaysia di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa yang sama, pameran anjuran Jabatan Muzium Malaysia melalui Muzium Alam Semula Jadi ini yang akan berlangsung bermula 1 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026 mengandungi tiga segmen utama yang menerangkan pembentukan landskap kars merangkumi aspek geomorfologi kars, jumpaan fosil, jumpaan arkeologi serta kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di kawasan kars, aspek konservasi dan pengurusan kawasan kars, termasuk usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebanyak 87 koleksi dipamerkan dalam pameran ini antaranya spesimen mamalia, aves (burung), amfibia dan reptilia, batuan dan fosil, jumpaan arkeologi, spesimen siput serta koleksi herbarium.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In