SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Inisiatif Arrow Peruntukan Geran Rukun Tetangga 2021

1. Rukun Tetangga yang ditubuhkan pada tahun 1975 diiktiraf sebagai salah satu jentera perpaduan yang menyumbang kepada keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat yang menjadi tonggak dan penggerak kepada inisiatif membangun dan menyatupadukan komuniti di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi. Peranan ini telah diperkasakan melalui Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 yang merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk menjadikan Rukun Tetangga sebagai entiti yang penting dan inklusif serta berupaya menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada komuniti.

2. Kerajaan melalui Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020 telah meluluskan peruntukan geran sebanyak RM50 juta kepada Rukun Tetangga di seluruh Malaysia. Peruntukan geran Rukun Tetangga adalah merupakan satu daripada enam (6) inisiatif di bawah Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030.

3. Peruntukan geran ini juga adalah merupakan:

i. Pengiktirafan kerajaan di atas sumbangan dan komitmen warga Rukun Tetangga dalam memperkukuhkan keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan komuniti;
ii. Memotivasikan kepimpinan Rukun Tetangga untuk menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada komuniti;
iii. Pengurusan dan pentadbiran serta pengoperasian KRT; dan
iv. Membolehkan Jawatankuasa Rukun Tetangga merangka dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga dan Buku RT4ALL.

4. Berbanding tahun 2020, yang mana pemberian insentif telah diberikan kepada KRT mengikut keaktifan dengan kadar antara RM2,500 hingga RM6,500.00, buat pertama kalinya pada tahun 2021 setiap KRT yang aktif diberi peruntukan geran sebanyak RM6,000. Peruntukan geran sebanyak RM6,000.00 ini telah disalurkan kepada 7,385 Rukun Tetangga aktif yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM44,310,000.00.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet