Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah berdasarkan tatacara dan mematuhi terma dan syarat:
Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Set Data Terbuka Kementerian Perpaduan Negara | ||
1 | Mediator Komuniti | |
2 | Sekretariat Rukun Negara | |
3 | Kelab Rukun Negara | |
4 | Tabika Perpaduan | |
5 | Taska Genius Perpaduan | |
6 | Skim Rondaan Sukarela | |
7 | Kawasan Rukun Tetangga | |
8 | Statistik Penubuhan dan Pengagihan Peruntukan Kelab Rukun Negara |
Untuk maklumat lanjut dan terkini, anda boleh layari laman Portal Data Terbuka Malaysia