Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Kedah
Maklumat Program
Tarikh Program |
02-09-2022 |
4 September 2022, Kedah - Jelaja Aspirasi Keluarga Malaysia telah berlangsung dari 2 hingga 4 September 2022 di Pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri di peringkat negeri Kedah telah mencatat jumlah pengunjung tertinggi dengan lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.
Kementerian Perpaduan Negara amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh tetamu-tetamu kenamaan yang mengambil peluang bergambar kenangan di sini.
Antaranya ialah YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang bergambar bersama YBrs Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang melawat pameran Kementerian Perpaduan Negara.