Latar Belakang
Pejabat Penasihat Undang-undang (PUU) ialah suatu Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia dan menangani semua isu yang melibatkan undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Pejabat ini juga berperanan untuk memberi khidmat nasihat perundangan kepada 11 Bahagian dan 4 Agensi di bawah KPN bagi semua isu perundangan yang dibangkitkan oleh Bahagian dan Agensi yang terlibat.
Pejabat Penasihat Undang-undang diwujudkan bersekali dengan penubuhan Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020. Pada awal penubuhan, Pejabat Penasihat Undang-undang hanya diperuntukkan dengan tiga (3) jawatan sahaja. Namun, selepas penstrukturan semula KPN pada 1 Ogos 2024, Pejabat Penasihat Undang-undang telah diberi tambahan tiga (3) lagi perjawatan menjadikan jumlah keseluruhan perjawatan ialah enam (6) jawatan.
Objektif
Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Kewangan, Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Kewangan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam.
Fungsi
- Menguruskan nasihat perundangan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkaitan kepada Kementerian dan Agensi di bawahnya;
- Menguruskan penyemakan perjanjian, memorandum persefahaman, triti, deklarasi, konvensyen antarabangsa dan apa-apa dokumen perundangan;
- Menguruskan Penyemakan penggubalan atau pindaan perundangan utama iaitu rang undang-undang dan perundangan subsidiari seperti kaedah, peraturan dan perintah di bawah bidang kuasa Kementerian dan Agensi di bawahnya
- Menguruskan kes mahkamah yang melibatkan Kementerian dan Agensi di bawahnya.