Tarikh Program | 05-08-2022 |
7 Ogos 2022, Sarawak - Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung selama tiga hari dari 5 Ogos hingga 7 Ogos 2022 di Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) amat bertuah kerana telah dikunjungi oleh YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YBhg Dato' Sri Mohammad Hamdan bin Haji Wahid hari kedua program. Pameran Kementerian Perpaduan Negara juga menyediakan permainan Congkak Uniti dan Kuiz Perpaduan Keluarga Malaysia khas untuk para pengunjung yang datang.
Pada hari ketiga program, Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sarawak disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bersama Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.