Tarikh Program | 08-07-2022 |
8 Julai 2022, Melaka - Pada pagi ini, Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Dr Hj Sulaiman Md Ali.
Melalui pertemuan ini, pelbagai perkara dibincangkan khususnya dalam konteks Kementerian Perpaduan Negara dan juga usaha dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Kementerian Perpaduan Negara juga telah menyampaikan Mock Cheque kepada Kerajaan Negeri Melaka bagi geran pembangunan Kampung Baru Cina bernilai RM1 juta dan geran Rumah Ibadat Selain Islam bernilai RM1 juta.