Tarikh Program | 20-04-2022 |
20 April 2022, Putrajaya- Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kementerian Perpaduan Negara telah berlangsung di Dewan Damar Sari Kompleks F8 pada hari ini. Masjlis tersebut telah menjemput YBhg Ustaz Mohd Meeftah Anuar, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyampaikan Tazkirah.
Sebelum majlis berbuka, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Dato' Indera Noridah Abdul Rahim yang mewakili Menteri Perpaduan Negara sempat mengagihkan sumbangan dan duit raya kepada sebahagian warga kementerian yang hadiri.
Anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Warisan Suci dan Yayasan Noor Manzil turut dijemput bagi memeriahkan suasana majlis.
Semoga majlis yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan semua warga Kementerian Perpaduan Negara dan memberi keceriaan dan keseronokan kepada tetamu-tetamu istimewa yang hadir.