Majlis Menandatangani Nota Kerjasama diantara Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Bagi Projek Kebuniti Keluarga Malaysia
Maklumat Program
Tarikh Program |
07-08-2022 |
7 Ogos 2022, Selangor - Pada petang ini YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di antara Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Melalui Nota Kerjasama ini akan mewujudkan kolaborasi strategik antara KPN dan MAFI dalam bidang pembangunan Program Pertanian Komuniti iaitu Projek Kebuniti Keluarga Malaysia.
Turut hadir ialah YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan dan Industri Makanan bersama YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1.