Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru Cina
Maklumat Program
Tarikh Program |
17-08-2022 |
17 Ogos 2022, Putrajaya -
Pada petang ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Tahniah dan Syabas kepada 144 orang Pengerusi baru yang telah menerima watikah lantikan sebagai Pengerusi JPKKP.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara YBhg. Dato Indera Noridah Binti Abd Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Dr. Kang Tong Hum dan Pengarah Bahagian Kampung Baru Cina, Encik Lim Shean Lee.