Pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2022
Maklumat Program
Tarikh Program |
13-08-2022 |
13 Ogos 2022, Johor - Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia telah berlangsung pada 13 Ogos 2022 di Universiti Teknologi Malaysia. Pertandingan akhir kali ini menyaksikan pertarungan hebat daripada 2 buah Universiti Awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM).
Yang turut hadir YB Datuk Halimah Sadique, Menteri Perpaduan Negara, YBrs Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, YBhg Dato Indera Noridah Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Dato Abg Salehuddin Abg Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan YBrs Prof Dr Shamsul Sahibuddin, Timb Naib Canselor (HEP) Universiti Teknologi Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).