SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program KPN Prihatin : Gerak Kerja Pasca Banjir

Program KPN Prihatin : Gerak Kerja Pasca Banjir

Maklumat Program

Tarikh Program 14-07-2022
293643169 403021011808384 1584755588548187063 N

14 Julai 2022, Kedah -  Pada pagi ini, Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama YB Dato Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling berpeluang menziarahi mangsa-mangsa banjir dan melihat sendiri kemusnahan yang dialami.

Sebelum bertolak ke kawasan mangsa-mangsa banjir, Menteri Perpaduan Negara berada di Pusat Operasi Parlimen Baling bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh YB Dato Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling tentang bencana banjir yang baru sahaja berlaku di Baling, Kedah. Bencana banjir ini telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan melibatkan sejumlah 592 keluarga bagi DUN Kupang. Manakala bagi DUN Bayu pula melibatkan seramai 239 keluarga.

Selepas itu, YB Menteri menyampaikan sumbangan RT Cares barangan keperluan harian dan bantuan kewangan kepada  mangsa-mangsa banjir menerusi Program KPN Prihatin: Gerak Kerja Pasca Banjir di Pekan Kupang Sejahtera dan Pekan Kupang Sentosa. 
 
Turut hadir Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, YBhg Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Dato' Hjh Norison Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Pengerusi KRT Pekan Kupang (Sentosa), Encik Baharudin bin Abdul Karim.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Log Masuk Intranet

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?