Program Pengedaran Jalur Gemilang Tahun 2022
Maklumat Program
Tarikh Program |
06-09-2022 |
6 September 2022, Selangor - Hari ini Kementerian Perpaduan Negara bergandingan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi menganjurkan Program Pengedaran Jalur Gemilang Tahun 2022.
Selaras dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Keluarga Malaysia diseru untuk menyemarakkan sambutan gemilang ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi mencerminkan rasa cinta terhadap tanah air kita.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk
Halimah Mohamed Sadique bersama-sama dalam acara penuh bermakna yang turut disertai oleh pelbagai kaum.
Turut hadir Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Tan Sri Dato' Low Kian Chuan, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Datuk Ng Yih Pyng, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor.