| Tarikh Program | 18-06-2022 |
19 Jun 2022, Johor - Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor telah berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar selama dua hari dari 18 Jun hingga 19 Jun.
Pelbagai aktiviti telah disediakan dalam program ini seperti Unity Ride, Plogging, Jom Sihat Uniti Keluarga Malaysia, Rumah Keluarga Malaysia dan lain-lain pada hari pertama.
Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique juga ke Jalan Petrie, Muar untuk bersama-sama Keluarga Malaysia bagi merasmikan Unity Wall dan Mural Hutan Paya Bakau Komuniti Parit Kassim, Parit Jawa Muar sambil diperhatikan oleh YB Dato Haji Mustaffa Kamal bin Dato Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar, Pegawai Kementerian Perpaduan Negara dan peserta Program Jom Sihat Uniti Keluarga Malaysia.
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara turut melontarkan 'mudball' ke Sungai Muar sebagai tanda keprihatinan YB Menteri kepada Alam Sekitar. Selain itu, sebanyak 400 orang menerima bantuan kotak keperluan makanan RT Cares dari Menteri Perpaduan Negara.