24 Julai 2022, Johor - Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Kota Tinggi telah berlangung selama 2 hari dari 23 hingga 24 Julai 2022 di Dataran Tanjung Sedili. Pelbagai acara dan pameran diadakan dalam program ini seperti Pertandingan Puzzle UNITI Keluarga Malaysia, Pameran Rumah KAMI Keluarga Malaysia, Program CELIK dan STEM & Kemahiran, Citarasa Menu Keluarga Malaysia (Demonstrasi & Pertandingan), Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) - Pemeriksaan Kesihatan dan lain-lain
Pada hari pertama program, Program Jom Sihat UNITI Keluarga Malaysia dan Acara Unity Run telah diadakan dengan bermula dari Jambatan Mat Lazim ke garisan penamat di Dataran Tanjung Sedili. Seramai 400 peserta telah menyertai aktiviti UNITI Run dengan penglibatan pelajar sekolah, orang awam dan komuniti rukun tetangga. Selepas itu, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique bertolak ke Padang Dataran Tanjung Sedili bagi merasmikan acara Tarik Tali Komuniti. Sebanyak 7 pasukan akan bersaing antara satu sama lain. Pasukan yang pertama dimulakan dengan kumpulan Jawa dan kumpulan Ibong.
Ketibaan YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara ke perkarangan Dataran Tanjung Sedili pada pagi ini disambut dengan Pasukan Kompang, Tarian Cina dan persembahan alat muzik tradisional India. Menteri Perpaduan Negara juga telah memberikan bantuan RT Cares kepada golongan B40 berupa barangan keperluan isi rumah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Ybrs. Dr. Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha.
Selepas perasmian program di Dataran Tanjung Sedili, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique bertolak ke Kampung Gembut bagi merasmikan Gerai Komuniti Keluarga Malaysia dan Dewan Terbuka. Kemudahan yang dibangunkan ini semestinya adalah untuk kesejahteraan penduduk setempat. Menteri Perpaduan Negara juga tidak melepaskan peluang menyertai KRT Kampung Gembut dalam aktiviti gotong-royong RT4ALL. Bantuan RT Cares turut diberikan kepada 200 penerima sebelum menyertai penduduk kampung dengan Jamuan Muhibah Keluarga Malaysia.
Pada waktu petang, YB Datuk Halimah bersama dengan penduduk Kampung Baru Kota Kechil untuk menyampaikan bantuan RT-Cares kepada penerima yang tergolong dalam kalangan B40. Kotak Prihatin MITRA turut diagihkan kepada penerima-penerima yang hadir bersama dengan bekalan minuman petang.
Pada hari kedua program, Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah menyertai aktiviti melepaskan belangkas ke Laut Cina Selatan di samping mendengar taklimat berkenaan habitat ini.
Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia yan diadakan selama dua hari di Dataran Tanjung Sedili ni jelas dapat menjadi medan pertemuan masyarakat berbilang bangsa dan mempamerkan keunikan silang budaya yang sedia ada.