25 Jun 2021 — Objektif Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Orang Asli, Sg Selangi Kota Tinggi, Johor adalah untuk membantu melancarkan pemberian vaksin di dalam Bas Mobilisasi Vaksin kepada komuniti orang asli suku kaum Kanaq.
Suku Kaum Kanaq adalah merupakan satu-satunya kaum orang asli ini di seluruh dunia dan sukarelawan MOVAK dengan kerjasama pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) hari ini telah membantu team “frontliners” memudahkan pemberian vaksin kepada mereka.
YB Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique turut menerima suntikan dos kedua beliau di unit Bas Mobilisasi Vaksin bersama komuniti suku kaum Kanaq ini.