29 Ogos 2021 - Seramai 250 orang masyarakat India dari kawasan Ladang Salak, Ladang Silliau dan Ladang Bradwall Port Dickson telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam Program MOVAK pada hari ini yang turut melibatkan kerjasama Pejabat Daerah Port Dickson dan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson.
YBhg. Tan Sri KPPA turut menyempurnakan Penyerahan Jalur Gemilang daripada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Pengarah Perpaduan Negeri Sembilan, Pegawai Daerah Port Dickson dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan 2021.