4 September 2021 - YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara menghadiri Program Agihan Kotak Makanan Mitra Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Komuniti Taman Pandan Mewah, Ampang Jaya, Selangor.
Program yang dianjurkan oleh KRT Taman Pandan Mewah ini merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan KRT tersebut bagi membantu meringankan beban dan mengurangkan kos sara hidup rakyat bagi menghadapi pandemik Covid-19. Sebanyak 100 kotak makanan telah diagihkan kepada masyarakat India B40 di kawasan tersebut.
Diharapkan agar KRT Taman Pandan Mewah dapat meneruskan kecemerlangannya dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti dan menjadi model atau rujukan kepada KRT-KRT lain dalam menguruskan komuniti masing-masing.