16 Oktober 2021 – Program Jelajah Perpaduan Keluarga Malaysia pada hari kedua YB Halimah Mohamed Sadique di negeri Perak diteruskan ke Pusat RT Cares Klebang Selatan, Chemor. Melalui aktiviti penyerahan kotak makanan RT Cares, Menteri Perpaduan Negara itu telah menyantuni 20 keluarga memerlukan daripada pelbagai kaum.
Penerima-penerima kali ini terdiri daripada ibu tunggal, golongan B40, tiada pekerjaan, terjejas pendapatan dan warga emas yang telah dikenalpasti.
Pusat RT Cares Klebang Selatan merupakan salah satu daripada empat (4) pusat RT Cares yang terdapat dalam daerah Kinta. Pusat ini telah memulakan pengoperasiannya pada 2 September 2021.