30 Oktober 2021 – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pekan Baru, Daerah Hilir Perak telah mengadakan program Ziarah Perpaduan yang turut dihadiri oleh YB Dato' Azhar Jamaluddin, ADUN Changkat Jong.
Program ini diadakan bertujuan untuk meringakan beban penduduk setempat yang terdiri dari kalangan mereka yang lumpuh, kurang upaya dan yang mempunyai masalah keluarga.
Semoga program Ziarah Perpaduan ini dapat membantu dan memberi sedikit keringanan bebanan kepada penerima.
Tahniah KRT Pekan Baru dan warga JPNIN Perak. Anda semua memang padu!