30 Oktober 2021 - Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Aman di Pasir Puteh, Kelantan telah bersama-sama saudara Fizo Omar, pelakon popular dalam menyampaikan sumbangan RT Cares kepada penduduk setempat yang memerlukan bantuan.
Turut hadir ialah Tuan Sobri Daud, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Perpaduan Negara yang menyampaikan salam perpaduan daripada Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique kepada penduduk setempat.
Menurut Tuan Sobri Daud, usaha Kementerian Perpaduan Negara perlu didokong dan disokong oleh semua pihak. Nilai persamaan seluruh masyarakat Keluarga Malaysia, tanpa melihat perbezaan antara kaum harus dipupuk oleh masyarakat.