29 Oktober 2021 – Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, YBrs. Encik Mohamad Sobri Mat Daud telah turun padang bagi program Taklimat Dasar Perpaduan Negara kepada Pemimpin-pemimpin Masyarakat dan Ketua Agama Peringkat Negeri Kelantan.
Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memberikan kefahaman lebih mendalam mengenai DPN yang telah dihasilkan oleh Kementerian Pepaduan Negara.
Dasar Perpaduan Negara adalah dasar bersama dan semua pihak memainkan peranan sebagai ejen Perpaduan dalam membawa aspirasi ini yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.