SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Sesi Maklumbalas Rakyat KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 – 2025 dan Skuad Uniti RT Cares

14 November 2021 – Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Sesi Maklumbalas Rakyat KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 – 2025 dan Skuad Uniti RT Cares bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong, Pahang.

KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia menekankan empat (4) dimensi utama dalam pembentukan sebuah Keluarga Malaysia iaitu Karib, Aksesibiliti, Majmuk dan Inklusiviti.

Sesi yang dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique diadakan bagi memantapkan rangka pelan KAMI dengan mendapatkan input secara langsung daripada rakyat agar mereka turut sama terlibat dalam menjayakan program-program yang boleh dilaksanakan di bawah ke-empat-empat dimensi.

Turut dilancarkan program Pemerkasaan Skuad Uniti RT Cares sebagai inisiatif Kementerian memperluaskan peranan Sukarelawan Skuad Uniti dalam meningkatkan Keselamatan, Kesejahteraan dan Keharmonian masyarakat.

Sesi Maklumbalas ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet