10 November 2021 – Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, YBrs. Tuan Haji Abd Halim Hassan telah merasmikan Majlis Aspirasi Perpaduan Mendepani Norma Baharu Bersama Warga Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor 2021 bertempat di Midland Convention Centre, Shah Alam.
Turut menghadiri majlis tersebut adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Mediator Komuniti (MK) selain daripada pegawai-pegawai JPNIN Selangor dan para guru Tabika Perpaduan serta Taska Perpaduan.
Ketua Pengarah telah menyerahkan tiga buah buku kepada wakil KRT dari sembilan (9) Daerah di Negeri Selangor iaitu buku Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030, buku RT4All – Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga dan buku Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Rukun Tetangga.
Beliau juga turut menyerahkan vest dan topi rekaan baru yang akan dipakai oleh pegawai JPNIN semasa pemantauan kepatuhan SOP di Rumah Ibadat Selain Islam.