18 November 2021 – “Bahasa isyarat akan dijadikan sebagai pengajaran bahasa ketiga di Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan (KPN), selain dari bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban. Selain itu, murid juga mendapat kemahiran pertuturan yang baru”. Begitulah hasrat Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam mendepani kepentingan pendidikan.
Guru merupakan salah satu profesion yang mulia. Dari guru, kita banyak mendalami ilmu pengetahuan. Dengan kesabaran dan kegigihannya, guru senantiasa mendidik muridnya dalam membentuk peribadi yang utuh.
Pejabat Perpaduan Daerah Kota Bharu telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Bahasa Isyarat kepada Guru dan Penolong Guru Daerah Kota Bharu.
Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu, YBrs. Encik Arjunawira Ahmad telah merasmikan program Bengkel Bahasa Isyarat yang melibatkan seramai 40 orang peserta.
Seramai dua orang Pegawai dari Persatuan Orang Pekak Kelantan, Puan Noor Haseken binti P. Rameli, Jurubahasa Isyarat dan Encik Muhammad Afiq bin Mohd Rashid, Guru Bahasa Isyarat telah dijemput khas oleh sebagai tenaga pengajar.