SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Sesi Libat Urus Program KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya

25 November 2021 - KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 telah dirangka oleh Kementerian Perpaduan Negara selari dengan teras Dasar Perpaduan Negara dan aspirasi Rangka TIndakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 serta Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

Matlamatnya adalah ke arah mencapai kesepaduan sosial dan perpaduan mampan.

Justeru itu, satu sesi libat urus peringkat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dilaksanakan melibatkan pengerusi-pengerusi serta wakil-wakil Kawasan Rukun Tetangga dan kakitangan JPNIN Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sesi libat urus ini telah diadakan di Kompleks E Putrajaya dan para hadirin telah diberi penerangan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Puan Ruzylawati Mustapha Kamar berkenaan dengan empat dimensi KAMI iaitu Karib, Aksesibiliti, Majmuk dan Inklusiviti dalam usaha mengukuhkan penyatupaduan dan meraikan kepelbagaian di negara ini.

Para hadirin juga telah diberikan ruang untuk bersama-sama memberikan maklum balas rakyat secara di atas talian dan dipelawa untuk berkongsi kod QR borang maklum balas ini kepada ahli komuniti masing-masing.

Pandangan dan idea daripada segenap lapisan masyarakat amatlah dialu-alukan agar matlamat yang ditetapkan akan dapat dicapai demi perpaduan di negara kita.

 

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet