1 Disember 2021 – Premis Tabika Perpaduan Apartment Presint 16, Putrajaya telah menerima lawatan dua orang Pegawai Penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Putrajaya (PKPj). Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa dan memusnahkan ruang dan tempat yang berpotensi untuk nyamuk bertelur dan membiak.
Beberapa lokasi di dalam kelas seperti di dapur dan tandas telah diperiksa dan dipastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes sebagai Langkah pencegahan dan keselamatan bagi murid-murid Tabika Perpaduan.
Pegawai Penguatkuasa turut berkongsi informasi berkenaan bahaya denggi dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil dalam memastikan premis Tabika Perpaduan bebas nyamuk aedes yang boleh mengancam nyawa.
Kerjasama yang diberikan oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Putrajaya dan usaha guru-guru Tabika Perpaduan dalam menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan bebas dari menjadi tapak pembiakan nyamuk Aedes amat dihargai.