1 Disember 2021 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kinta, Negeri Perak meneruskan tanggungjawab sosial kepada komuniti setempat dengan menganjurkan Program Ziarah Perpaduan bersama KRT Rumah Pangsa Jalan Ashby.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, YB Dato' Abdul Yunus Jamahri turut turun padang bersama-sama warga KRT bagi menyampaikan barangan keperluan kepada penduduk setempat. Turut hadir bersama Tuan Hj Mansor Bin Mohd Hashim, Pengarah JPNIN Negeri Perak dan Puan Hajar Binti Ahamed, Pegawai Perpaduan Daerah Kinta.
Seramai 10 orang penerima yang terjejas kesihatan, kehilangan punca pendapatan dan warga emas yang telah menerima sumbangan menerusi program ini.
Sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan keperluan harian, kerusi roda dan pampers pakai buang yang diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan penerima.