14 Mac 2025, Negeri Sembilan – YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, telah hadir ke Majlis Perjumpaan bersama YB Datuk Haji Mohd Faizal bin Ramli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Linggi, serta seluruh kepimpinan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Port Dickson.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat, tetapi juga sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh perpaduan serta keharmonian komuniti. Suasana penuh kemesraan ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan perbincangan mengenai usaha memperkasakan peranan KRT dalam memupuk nilai kebersamaan dalam masyarakat majmuk.
