Event Date | 20-03-2025 |
20 Mac 2025, Putrajaya – YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara telah mempengerusikan Bengkel Pemurnian Modul Penghayatan Rukun Negara Tahun 2025 bertempat di Hotel Pulse Grande.
Turut hadir, Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Ahli Akademik, Pegawai Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan idea daripada peserta dalam memurnikan Modul Penghayatan Rukun Negara yang akan digunakan dalam siri Jelajah Belia Rukun Negara.