Event Date | 19-01-2025 |
19 Januari 2025, Labuan - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zan bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara yang juga merupakan Timbalan Pengerusi 1, Yayasan Sukarelawan Siswa telah mempengerusikan Bengkel Perancangan Strategik Lembaga Pemegang Amanah/Pengarah, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dari 17 hingga 19 Januari di Labuan. Bengkel ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi 2 merangkap Pengarah Eksekutif YSS, Ketua Pegawai Eksekutif YSS dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS. Bengkel ini bertujuan membincangkan program-program serta hala tuju YSS pada tahun 2025 serta pencapaian 2024 dan penambahbaikan aspek governans YSS.
Selain itu, turut diadakan adalah lawatan ke Pulau Rusukan Besar. Program Pembersihan dan Pengindahan Pulau Rusukan Besar pernah diadakan sebelum ini dan ia merupakan inisiatif strategik Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Labuan dan Yayasan Sukarelawan Siswa. Program ini memberi fokus kepada aspek kebersihan dan pengindahan pulau untuk menjayakan industri pelancongan di WP Labuan menjadi lebih vibrant. Hasil dari pelaksanaan program tersebut, Pulau Rusukan Besar kini bersih dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti rumah pokok, kafe dan tandas baharu.