| Event Date | 20-11-2025 |
20 November 2025, Kuala Lumpur - Melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), Kementerian Perpaduan Negara diberi mandat baharu untuk Pembentukan sebuah Negara Bangsa yang bukan sahaja bersatu tetapi juga teguh dari segi identiti, nilai, dan aspirasi bersama.
Sehubungan itu, kementerian kini sedang mengumpulkan maklumat bagi menghasilkan satu Pelan Tindakan, sebagai persiapan untuk menjayakan Persidangan Pembinaan Negara Bangsa.
Sebagai sebuah negara yang unik, pembinaan Negara Bangsa di Malaysia berasaskan kepada satu identiti nasional yang dikongsi bersama. Kepelbagaian budaya, agama, bahasa, dan sejarah masyarakat Malaysia menjadi asas kepada pembentukan jati diri nasional serta berperanan sebagai pemangkin kepada perpaduan rakyat.