| Event Date | 22-01-2026 |
22 Januari 2026, Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di bawah inisiatif Harmoni MADANI akan memperkenalkan sebuah program baharu, Perkampungan Harmoni pada tahun ini dengan memberikan fokus kepada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya. Perkara tersebut diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Chinese New Year Launch Leap Into Prosperity di Pavilion Bukit Jalil.
Program tersebut adalah bertujuan bagi melahirkan generasi duta perpaduan yang akan bertindak sebagai ejen perubahan sosial dalam mempromosikan keharmoniandan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui konsep asas faham, hormat, terima dan meraikan.
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, berkata bahawa pada tahun ini Kementerian menekankan agenda pembinaan negara bangsa, yang berlandaskan usaha memupuk keyakinan bersama bahawa perbezaan dihormati, suara setiap rakyat didengari, dan kepelbagaian kita menjadi asas identiti Malaysia yang menyatukan seluruh masyarakat.