Event Date | 09-03-2024 |
9 Mac 2024, Pulau Pinang - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Dialog Harmoni Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 hari ini.
Mengangkat tema ‘Nilai-Nilai Murni Pemangkin Perpaduan dan Keharmonian Masyarakat’, ia bertujuan untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta menangani isu-isu yang berkaitan dengan keharmonian antara penganut agama, meningkatkan toleransi, dan mengukuhkan pemahaman.
Selain itu ia turut memberi penekanan terhadap budaya saling hormat menghormati terhadap kepelbagaian budaya dan agama masyarakat Malaysia yang berbilang etnik.