SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Festival Penceritaan Malaysia 2026

Festival Penceritaan Malaysia 2026

Event Information

Event Date 21-09-2026
WhatsApp Image 2026 09 21 At 140644

21 September 2026, Kuala Lumpur - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) perlu meneroka satu inisiatif yang lebih berimpak melalui pewujudan “Repositori Digital Cerita Malaysia” sebagai khazanah digital nasional. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Datuk Aaron Ago  Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan perasmian Festival Penceritaan Malaysia 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata “Inisiatif ini akan menjadikan PNM bukan sahaja sebagai penjaga bahan terbitan negara, tetapi turut berperanan sebagai penjaga memori dan suara bangsa agar cerita-cerita yang membentuk identiti Malaysia tidak hilang ditelan zaman di samping terus menjadi sumber ilmu, penyelidikan dan inspirasi untuk generasi masa hadapan”.

Selain itu, beliau juga turut menegaskan bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya dilihat sebagai pengganti kepada penceritaan manusia semata-mata, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara beretika bagi memperluas kreativiti dan penyampaian di samping mempertahankan keaslian, integriti dan nilai kemanusiaan dalam setiap penceritaan.

“Penceritaan Sebagai Warisan Masyarakat Berilmu” telah diangkat sebagai bagi tema festival yang buat julung kalinya diadakan ini dalam menyemarakkan budaya penceritaan, memperkasa budaya ilmu, serta memastikan warisan dan khazanah bangsa terus dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In